Saturday, July 2, 2016

Kita sedang membayar harga perpecahan - Timb. Mufti Perak.

Ketika kita semua demam FIFA Euro 2016 dan demam Hari raya, kalau Sesiapa yang baca FB Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim beberapa hari yang lalu pasti terkejut dengan isu yang beliau panaskan. Isu apa agak-agaknya? 



Setelah kami search berita online memang sahih

Malay Mail Online
Let us help, Sarawak churches urge new non-Islamic affairs minister - 
KUCHING, June 20 — The Association of Churches in Sarawak (ACS) has offered to help Datuk Amar Douglas Uggah Embas set up the state’s newly-formed non-Islamic affairs ministry.

Malay Mail Online
Sarawak non-Islamic groups say yes to formation of Non-Islamic Affairs Unit  
KUCHING, June 23 ― Leaders and senior officials of 12 non-Islamic religious organisations and associations in Sarawak are in favour of the formation of the Non-Islamic Affairs Unit in the Chief Minister's office.

Maknanya Sarawak akan ada menteri agama bukan islam? Tidakkah ia bercanggah dengan Perlembagaan persekutuan Malaysia? Agama islam sama taraf dengan agama lain? Ini isu memang sensitif kalau dibincangkan. Ada asas juga kebimbangan Ustaz Zamri kerana menurutnya akibat perpecahan umat islam jadi semakin lemah dan terpaksa memenuhi permintaan pihak-pihak tertentu.

Gerhana - short film geng Tarbiyah Sentap

Nampaknya Geng Tarbiyah Sentap telah melangkah setapak lagi dengan menerbitkan short film. Saksikan film ini yang dibintangi oleh pelakon terkenal dan antara favorite saya semasa zaman kampus dahulu iaitu Fizz Fairuz, isterinya Almy Nadia, Ust. Muawiz dan juga adik Mia Sara yang comel. Setakat hari ini sahaja semasa saya buat posting ini ia telah ditonton sebanyak 72 000 kali di Youtube. Buat anda yang belum saksikan, silalah menontonnya kerana kalau Geng Tarbiyah Sentap punya hasil kerja, pasti anda akan tersentap dan menyentap-menyentap. film ini adalah hasil arahan Afiq Jamil, pengarah muda yang bakal menggemparkan tanah air kita suatu hari nanti melalui filem arahannya. Saksikan dibawah ini filem pendek 'Gerhana'.



Tahniah dan mari kita doakan agar Geng tarbiyah Sentap akan terus menghasilkan filem-filem pendek yang penuh dengan mesej kerohanian.

sumber: Youtube.