Friday, July 1, 2016

Isu Zakat Perlis oleh Prof. Madya Dr Aznan

Sesiapa yang ikuti FB tokoh pakar kewangan islam di Malaysia Prof. Madya Dr. Aznan Hasan  pasti tahu posting terbaru beliau tentang  zakat di Malaysia ini. Apa yang saya dapat simpulkan ialah beliau menegur orang islam yang memburukkan institusi zakat sehingga menghilangkan keyakinan masyarakat untuk membayar zakat terhadap jabatan Agama Negeri masing-masing. Akui beliau meskipun ada kelemahan dalam pengurusan zakat, insyaAllah pihak berkenaan telah dan sentiasa melakukan perbaikan samada dalam hal kutipan mahupun agihan zakat. Apa yang panas dalam posting beliau ialah secara sentap beliau menegur kelemahan pengurusan zakat Negeri perlis. Sabar yea orang perlis. Apa isunya? baca bawah.





Rupanya isunya adalah Kutipan Zakat perlis. Ada pihak yang mengambil kesempatan. Akhirnya isu ini dijawab pula oleh Mufti perlis kerana teguran secara terus kepada mereka. Prof. madya Dr Asri telah panggil pihak MAIPS untuk mengetahui secara lanjut.


Tapi nampaknya jawapan PM Dr. Asri macam tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan. Saya agak mungkin beliau tidak diberi penerangan yang jelas. Sebab Mufti dan bahagian zakat negeri kadang-kadang dalam jabatan yang berbeza. Jadi pasti ada maklumat yang tidak sampai. Tapi memang salute tindakan pantas Mufti perlis dalam mengambil tahu harus dipuji.
Isu ini akhirnya diselesaikan secara baik dan ilmiah oleh kedua-dua tokoh agama. Alhamdulillah. Kita patut ambil contoh bagaimana agamawan menegur dan bersedia menerima teguran. Kalau kita kena, agak-agaknya mesti kita marah dan malukan? Terima kasih kepada Prof. Madya Dr Aznan dan Prof. Madya Dr Asri. Sama-sama kita doakan agar Allah sentiasa satukan hati mereka. 

P/s: Nak tahu tak, rupa-rupanya kedua-dua tokoh agama ini adalah satu sekolah dahulu.


Sumber rujukan: FB



No comments:

Post a Comment