Tuesday, July 12, 2016

A doctor from Sarawak

Doktor ini bukan sebarang doktor. Dia seorang yang suka membantu orang lain. Dia meredah laluan berliku menuju ke pendalaman Sarawak melalui jalan air semata-mata memberi bantuan perubatan secara percuma. Ya, percuma tanpa bayaran malah dia juga keluarkan duit sendiri. Sayangnya dia kepada masyarakat sehingga segala keletihan dan kesukaran dilalui sahaja. Bukan mudah realitinya bagi sesiapa sahaja yang ingin melakukan kebaikan seperti ini. Dia ada anak isteri dan kerjaya yang sibuk tetapi boleh melakukan sesuatu yang hebat. Hasil usaha dia akhirnya semakin ramai doktor dan sukarelawan menyertai misi perubatan dia. Terbaru dia berjaya membawa sahabat- sahabat dia daripada semenanjung menyertai misi ini. Bagus bukan? Oh ya, nama dia adalah Dr. Mohd Khairol Jambli. Anak jati Sarawak ini pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan UNIMAS dan kini merupakan Pegawai perubatan UITM Samarahan. Beliau juga dikhabarkan aktif dalam memberi ceramah motivasi dan kesihatan di Sarawak. Inilah antara sekian hero yang tidak diketahui dan kini kami dedahkan untuk memberi anda motivasi bahawa dalam hidup ini bukan hanya mengejar harta kekayaan. Ada sesuatu yang harus kita lakukan untuk mendapat sesuatu yang tidak boleh dibeli. Lihat beberapa gambar misi perubatan beliau di sarawak.  Kami agak mungkin juga ada rakan-rakan di Sarawak juga tidak mengetahui dan mengenali beliau. Sebab itu kami seronok untuk kongsikan kisah usaha beliau ini. 

Dr. Khairol (berdiri dalam bot)


Meredah laluan sungai menaiki bot menuju kawasan perkampungan




Dr. khairol sedang memberi rawatan pemeriksaan perubatan percuma


Saya berharap suatu hari nanti kami juga akan dapat sertai misi perubatan ini. Walaupun bagi kita ini macam aktiviti CSR biasa, tetapi dari apa yang kami baca di facebook beliau, Sambutan penduduk sangat menggalakkan kerana masalah utama penduduk pendalaman sarawak adalah akses kepada klinik, Hospital dan ubat ubatan adalah sangat terhad dan susah.  Jarak yang jauh dan laluan utama melalui air menyukarkan mereka. Penduduk yang mengetahui kehadiran mereka sanggup datang daripada kampung bersebelahan yang jauh untuk mendapatkan rawatan. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah beri. Klinik dekat, Hospital dekat, farmasi pun dekat. senang sahaja untuk mendapatkan rawatan. Apa yang kami tahu, beliau melaksanakan misi ini secara berterusan setiap tahun. Jika anda ingin menyumbang atas usaha Dr Khairol dan rakan-rakannya kini lebih mudah kerana sekarang beliau telah menggerakkan usaha beliau dengan lebih kemas dan tersusun melalui Yayasan Ikhlas;

Setiap sumbangan anda amat bermakna kepada mereka. Jangan lepaskan peluang menambah saham akhirat anda.
Ayuh Salurkan Sumbangan anda ke akaun yang tertera:
CIMB Islamic | Yayasan Ikhlas | 8600 601 366
Maybank Islamic | Yayasan Ikhlas | 5628 3463 6228
Mereka menerima sebarang sumbangan samada melalui
1. deposit tunai,
2. cek atau
3. transaksi online
Sila maklumkan bayaran sumbangan anda dengan menghubungi pegawai mereka:
Pejabat | 03 8926 5954
Tel Bimbit | 012 979 0211 - syafiq

untuk updates aktiviti beliau lihat di facebook yayasan Ikhlas Sarawak
https://www.facebook.com/yisarawak/
https://www.facebook.com/yisarawak/

kami mendoakan agar Allah sentiasa merahmati usaha murni beliau dan rakan-rakan.

Sumber: fFcebook Dr. Mohd Khairol Jambli dan Yayasan Ikhlas Sarawak

David Teo Hina arwah Seniman P. Ramlee?

Baru-baru ini dunia hiburan tersentap dengan pesanan seorang penerbit filem bernama David Teo. Dikatakan beliau memberi nasihat yang baik, tetapi maksudnya pada masa sama seperti merendahkan dan menghina seniman agung P.Ramlee.



Kritikan beliau mendapat respon daripada ramai artis dan peminat arwah P.Ramlee. Kemudiannya keluarlah kenyataan maaf daripada David Teo. boleh tengok di facebook beliau.

Dia ni kita bukan tidak tahu hanyalah penerbit filem yang menggunakan tema dan sasaran filem dia adalah orang melayu. Kebanyakan filem beliau adalah berkisar hantu, cinta dan komedi yang hanya memikirkan keuntungan dan pecah panggung. Ya, itulah tujuan bisnes. Ramai peminat P. Ramlee menyatakan sebaliknya arwah bukan bersikap begitu, arwah seorang yang berbakat dan semua filemnya penuh mesej dan nasihat berguna buat masyarakat. Walau apapun, begitulah dunia hiburan Malaysia. Jangan bikin panas, media akan laju sahaja memanaskan. 

Sementara itu, keluar berita mengenai kenyataan media daripada Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), iaitu seperti dibawah;

David diminta usah salahkan media - WHAM



KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), meminta supaya produser filem, David Teo, mengambil sikap lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu dan bukannya menyalahkan pihak lain. Sebagai individu yang dipandang tinggi dalam industri hiburan tanah air, David tidak seharusnya menyalahkan pihak lain apabila kenyataan yang dikatakan dibuat beliau kini menjadi isu hangat serta mendapat kecaman daripada pencinta seni tanah air dan masyarakat. Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin menggesa produser berkenaan agar tidak meletakkan kesalahan ke atas pihak media berhubung isu terkini membabitkan kenyataan dibuat oleh beliau yang dikatakan mempunyai unsur penghinaan terhadap Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kepada sebuah portal, baru-baru ini.


Ada juga peminat yang ambil nasihat beliau daripada sudut positif yang mana beliau mahu artis di Malaysia bukan sahaja popular, tetapi menggunakan kelebihan itu untuk menambah rezeki dan bekalan masa tua nanti. Semoga isu ini tidak berpanjangan dan semoga semua pihak berlapang dada dan kita doakan agar industri perfileman kita akan menjadi lebih baik dengan lahirnya filem-filem berunsur islamik dan penuh mesej. 

Sumber: Ohbulan, Facebook. BHonline.