Wednesday, July 20, 2016

Bantah konsert Selena Gomez


Apa pendapat anda tentang bantahan konsert Selena Gomez : Revival Tour di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini.

Kami menyokong pihak yang membantah kerana jelas ia adalah konsert yang maksiat dan seorang mukmin selemah-lemah iman adalah membenci dalam hatinya.
Gambar 1. Antara usaha pihak yang membantah


Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan konsert itu sebagai hiburan yang melalaikan dan bertentangan syariat Islam.

Kita maklum majoriti umat islam pasti setuju dengan bantahan ini. tetapi kenapa selama ini banyak sahaja konsert telah dianjurkan tiada pihak yang membantah?

Jawapannya tanya diri kita sendiri apa yang kita buat? Samada kita berbeza fahaman politik atau berbeza jemaah, pasti dalam hal ini kita boleh bersatu nada membantah.


Terserah berjaya atau tidak, yang penting mesej kita sampai daripada majoriti umat islam yang benci kepada konsert-konsert artis barat yang melalaikan dan penuh maksiat.






Dibawah ini kami kongsikan status oleh Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkenaan ini. Siapa beliau? Ya beliau adalah Ketua Penerangan Pertubuhan Melayu Islam Sedarhana. Malaysian Muslim Solidarity.
Kami rasa mungkin sekepas membaca ini akan lebih mudah untuk anda faham.

'Majoriti tidak suka rokok
Buktinya, majoriti tidak hisap
Tapi rokok tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rokok itu membunuh orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila perbuatan merosakkan kesihatan dilihat suatu yang normal
Majoriti tidak suka konsert gila-gila
Buktinya, majoriti tidak pergi
Tapi konsert gila-gila tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau konsert itu merogol maruah orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila tiada lagi malu daripada pelbagai kelakuan menjual maruah diri
Majoriti tidak suka rasuah
Buktinya, majoriti tidak makan rasuah
Tapi rasuah tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rasuah itu menyebabkan diri sendiri dizalimi sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila undang-undang negara diinjak-injak oleh penguasa penyembah tunai
Masihkah kita mahu kata agama itu hal peribadi? Tidak perlu ada undang-undang bersumberkan agama?
Tapi, apa sebenarnya masalah kita?
Majoriti kata solat itu wajib
Buktinya, majoriti suka masjid cantik-cantik
Tapi majoriti juga tidak cukup solat
…sebab semua tidak kisah, tidak buat apa-apa
Kecuali kalau tinggal solat itu meruntuhkan masjid-masjid sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Bahkan sudah lama agama ini runtuh, sudah ratusan tahun
Cuma kita nampak keruntuhan agama itu perkara biasa
Jadi, apa masalah kita sebenarnya?
Bukan kulit, bukan rupa bentuk, bukan luaran
Tapi agama sudah runtuh dari dalam diri, dari lubuk perasaan, dari asas keimanan

Sumber: Portal Melayu Islam.