Friday, July 1, 2016

Abang Long Fadhil (real)

Beberapa minggu lepas saya terkejut melihat gambar seorang lelaki pakai kopiah tetapi muka dia penuh tatu. Macam Mike Tyson, tapi bukan. Setelah diselidiki rupanya dia adalah Abang long Fadhil. Bekas gangster di Singapura. Orang Malaysia memang suka bagi gelaran yea.(kebetulan nama dia memang Fadhil)
Sebab filem Abg Long Fadhil lakonan Zizan Razak tahun 2014 dulu memang meletop. Jadi kalau real lagi meletop.
Saya sempat mendengar sesi tazkirah dan perkongsian dia minggu lepas. Memang real dan alhamdulillah Allah sayang dia, berkat kesabaran dan doa mak dia akhirnya dia dapat hidayah untuk berubah selepas hampir mati dipukul musuh dia. Alhamdulillah ini mesej jelas kat kita daripada Allah bahawa dia mampu ubah hati manusia jadi baik walau dahulu dia jahat. Dia kata susah sangat dia nak berubah, tapi nasib baik ada kawan dia Azmi. ya, banyak kali dia sebut nama Azmi. Katanya Azmi banyak tolong bagi semangat dan nasihat ketika dia nak berubah. MasyaAllah. Nampak tak betapa pentingnya pengaruh kawan dalam membimbing kita.
Alhamdulillah selepas berhijrah, brother ni dapat jemputan banyak masjid dan program untuk sesi tazkirah dan perkongsian. Lihat Allah punya kuasa dia dapat berjalan banyak tempat atas bumi Allah. satu lagi, katanya Allah makbulkan hasrat dia untuk bawa mak dia pergi Mekah. Ada hamba Allah bermurah hati menaja dia dan mak dia. Subhanallah. Murah rezeki dia.
Sama-samalah kita doakan agar lebih ramai gangster-gangster di luar sana untuk ikut jejak langkah Abang Long fadhil kita ni. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment