Friday, July 1, 2016

Projek Terbaru Tarbiyah Sentap

Siapa tidak kenal Geng Tarbiyah Sentap. Pada awal kemunculan dulu mereka ni macam tiada harapan sahaja. Tetapi mereka berjaya membuktikan niat yang ikhlas, usaha yang sungguh-sungguh mampu membuahkan hasil. Tulang belakang mereka Ust. Adnin dan Shukeri  Azizan pada awalnya dan kini telah bertambah ahlinya. Sekarang kalau kita ikut perkembangan mereka, subhanallah usaha dakwah mereka tidak dinafikan berjaya mengesani golongan remaja dan dewasa. Seingat saya mereka bermula dengan Blog dan buku tulisan Ust. Adnin iaitu Tarbiyah Sentap. tahukah anda sebenarnya Ust. Adnin Roslan ni sebenarnya adalah anak kepada Tn. Hj. Roslan, Pengasas rangkaian tadika Little Caliph. Subhanallah bapa hebat, anak juga makin hebat.





lihat dibawah ini saya copy paste daripada facebook Ust. adnin berkenaan projek-projek mereka akan datang. Alhamdulillah.

Projek Julai - Disember 2016 :
SENTAP PRESS
Menerbitkan buku-buku baru. Target sekurang-kurangnya 10 buku baru insyaAllah.
1) POLITIK MATANG oleh Ust Ahmad Khairuddin . Menceritakan tentang politik Malaysia dari kaca mata islam.
2) NOTA USRAH oleh Adnin Roslan.
3) AKU BUKAN MALAIKAT 2 oleh Shukery Azizan.
4) TAMAK PAHALA 2 oleh Aizuddin Abdul Hamid.
5) PENJARA oleh Najmi Fetih. Sebuah novel.
6) HARAPAN MASIH ADA oleh Qamarul Nazrin.
7) KETIKA CINTA MENYENTAP oleh Adnin Roslan. Sebuah novel.
Itu tajuk-tajuk yang sedang dalam pembikinan. InsyaAllah menyusul lebih banyak lagi andai Allah izin.
TARBIAH SENTAP RECORDS
Tahun ni ada 5 projek album.
1) Album AREEF berjudul ‪#‎AREEF365‬ . Alhamdulillah dah release dengan 5 lagu. Boleh dengar secara percuma di SPOTIFY. Boleh juga tengok single beliau di youtube Tarbiah Sentap. Lagu 365 Days dah cecah 90,000 views!
2) Album AREEF berjudul #AREEF365 (Deluxe edition). Ada 4 lagu baru & 2 track bonus. Release september insyaAllah.
3) Album FETYA. Sebuah mini album yang memuatkan 5 lagu baru. Release december insyaAllah.
4) Album RABITHAH . Memuatkan 15 lagu baru. Release awal januari insyaAllah. (Buat masa ni baru siap sekitar 10 lagu. Nantikan single Rabithah tak lama lagi:)
5) Projek THE FAITH. Cover lagu-lagu sedia ada dengan menukar lirik. Mereka akan hidangkan lebih dari 3 lagu cover dan kemudian mereka akan release single mereka. Tarikh release single insyaAllah Oktober.
TARBIAH SENTAP PRODUCTION
Di ketuai oleh Afiq Abdul Jamil. Antara projek:
1) Menghasilkan short film berkualiti dengan mesej yang jelas dan terang.
2) VLOG.
3) Music Video


* Jom ramai-ramai subscribe channel youtube kami untuk dapat update video baru setiap minggu
😊
* Kami ingin menyediakan alternatif kepada masyarakat. Dari tengok drama dan movie yang tidak patuh syarak dari pelbagai sudut, kami usaha untuk menyediakan alternatif.
* Kami sedang dalam proses menimba pengalaman dan mencari dana untuk menerbitkan filem pecah panggung 2 tahun dari sekarang. InsyaAllah. Usaha yang agak berat, namun, tidak mustahil.
JELAJAH TARBIAH SENTAP
Buat masa ini, kami akan ketengahkan beberapa tokoh untuk memberi ceramah dan talk di sekolah-sekolah dan universiti.
1) Ustaz Adnin Roslan
2) Ust Syed Salahuddin .
3) Akh Shukery Azizan.
4) Akh Qamarul Nazrin
5) Akh Jibrail Fitrah .
6) Persembahan Akustik oleh Areef Abd Rahman .



Akhir kata, kami di Gosip Islami doakan agar Team Tarbiyah Sentap terus maju. Amin

sumber : Facebook Adnin Roslan

No comments:

Post a Comment