Friday, July 1, 2016

Syamsul Debat? Sapo ni?

Kalau anda masih belum kenal abang syamsul ni memang rugi. Sekarang ni tengah Hot. kenapa? Kerana ceramah dia simple, santai dan lucu. Sekali tengok muka dia macam bosan je. Tapi bila dengar ceramah dia. Fuh. Memang bersahaja dan santai ceramah dia. Apa yang best juga beliau guna bahasa orang negeri 9. Saya suka dengar slang orang negeri 9. Sodap di dengar. Kalau sebelum ni Ustaz Azhar Idrus, slang Terengganu, PU Yeop Slang Perok kite. Bagus bahasa tempatan ni. Mudah nak masuk telinga kita.

Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
Beliau merupakan lulusan Perundangan Sivil dan Syariah Uitm. Alhamdulillah dengan gaya bersahaja dia, menjadi tarikan ramai orang untuk mendengar tazkirah beliau. 

Tapi saya nak pesan, gelak-gelak juga, jangan sampai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau boleh catat apa nasihat dan isi-isi penting beliau sampaikan. 

Ustaz Syamsul debat kini muncul dalam program Syamsul Debat di TV Al Hijrah setiap Khamis 9.30 malam.
Episod pertama mendapat respons hangat penonton kerana kebolehannya menerapkan hal-hal profesionalisme mengikut syarak serta disampaikan secara bergurau tetapi halus menikam.
Saksikan petikan video di bawah. Anda nilai sendiri. Kalau anda jatuh hati, jom saksikan program Syamsul Debat yang kini menjadi penanda aras baharu kandungan ceramah kontemporari #SegalanyaBermulaDiSini TV Al Hijrah. 


Sumber: http://www.mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment