Tuesday, July 12, 2016

David Teo Hina arwah Seniman P. Ramlee?

Baru-baru ini dunia hiburan tersentap dengan pesanan seorang penerbit filem bernama David Teo. Dikatakan beliau memberi nasihat yang baik, tetapi maksudnya pada masa sama seperti merendahkan dan menghina seniman agung P.Ramlee.



Kritikan beliau mendapat respon daripada ramai artis dan peminat arwah P.Ramlee. Kemudiannya keluarlah kenyataan maaf daripada David Teo. boleh tengok di facebook beliau.

Dia ni kita bukan tidak tahu hanyalah penerbit filem yang menggunakan tema dan sasaran filem dia adalah orang melayu. Kebanyakan filem beliau adalah berkisar hantu, cinta dan komedi yang hanya memikirkan keuntungan dan pecah panggung. Ya, itulah tujuan bisnes. Ramai peminat P. Ramlee menyatakan sebaliknya arwah bukan bersikap begitu, arwah seorang yang berbakat dan semua filemnya penuh mesej dan nasihat berguna buat masyarakat. Walau apapun, begitulah dunia hiburan Malaysia. Jangan bikin panas, media akan laju sahaja memanaskan. 

Sementara itu, keluar berita mengenai kenyataan media daripada Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), iaitu seperti dibawah;

David diminta usah salahkan media - WHAM



KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), meminta supaya produser filem, David Teo, mengambil sikap lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu dan bukannya menyalahkan pihak lain. Sebagai individu yang dipandang tinggi dalam industri hiburan tanah air, David tidak seharusnya menyalahkan pihak lain apabila kenyataan yang dikatakan dibuat beliau kini menjadi isu hangat serta mendapat kecaman daripada pencinta seni tanah air dan masyarakat. Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin menggesa produser berkenaan agar tidak meletakkan kesalahan ke atas pihak media berhubung isu terkini membabitkan kenyataan dibuat oleh beliau yang dikatakan mempunyai unsur penghinaan terhadap Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kepada sebuah portal, baru-baru ini.


Ada juga peminat yang ambil nasihat beliau daripada sudut positif yang mana beliau mahu artis di Malaysia bukan sahaja popular, tetapi menggunakan kelebihan itu untuk menambah rezeki dan bekalan masa tua nanti. Semoga isu ini tidak berpanjangan dan semoga semua pihak berlapang dada dan kita doakan agar industri perfileman kita akan menjadi lebih baik dengan lahirnya filem-filem berunsur islamik dan penuh mesej. 

Sumber: Ohbulan, Facebook. BHonline.



No comments:

Post a Comment