Monday, July 4, 2016

‘Hari al-Quds Sedunia’ tajaan Syiah!

Baru-baru ini seorang tokoh hebat dalam usaha membantu Palestin dan merupakan Dekan, IMU Clinical School, International Medical University, iaitu Prof. Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin telah memberi peringatan kepada kita semua akan satu perkara yang mengejutkan. Apakah isunya?

HARI al-Quds Sedunia yang disambut pada ‘setiap Jumaat terakhir bulan Ramadan’ sebenarnya digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah iaitu Khomeini.
Ia diadakan kononnya demi memperingati perjuangan umat Islam di Palestin. Pada hari tersebut, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster-poster gambar Khomeini.

Syiah hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengelabui mata umat Islam antarabangsa dan menjulang nama Khomeini dan Syiah mesti dipupuskan daripada sambutan Hari al-Quds Sedunia.

Sheikh Dr Yusuf Qardhawi telah mengumumkan 21 hb Ogos setiap tahun sebagai Hari al-Aqsa sedunia bersempena dengan peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa oleh gangster zionis yang bernama Dr Denis Micheal Rohan pada 21hb Ogos 1969.
Atau pun tarikh peristiwa pembebasan al-Quds pada 27 Rejab 538H oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi lebih layak dan lebih berhak untuk diperingati.
Di Malaysia juga didapati ada pihak yang menganjurkannya pada tarikh itu? Apakah pihak yang menganjurkan ada kaitan dengan pihak syiah? Kalau mereka ada hubungan dengan syiah pastinya kita semua patut bimbang dan lebih berhati-hati. Apakah sikap kita? Semoga kita akan lebih berhati-hati kerana pengaruh syiah sangat halus dan penuh lakonan.
Sumber: WEB Malaysia Muslim Solidarity.

No comments:

Post a Comment