Wednesday, July 20, 2016

Bantah konsert Selena Gomez


Apa pendapat anda tentang bantahan konsert Selena Gomez : Revival Tour di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini.

Kami menyokong pihak yang membantah kerana jelas ia adalah konsert yang maksiat dan seorang mukmin selemah-lemah iman adalah membenci dalam hatinya.
Gambar 1. Antara usaha pihak yang membantah


Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan konsert itu sebagai hiburan yang melalaikan dan bertentangan syariat Islam.

Kita maklum majoriti umat islam pasti setuju dengan bantahan ini. tetapi kenapa selama ini banyak sahaja konsert telah dianjurkan tiada pihak yang membantah?

Jawapannya tanya diri kita sendiri apa yang kita buat? Samada kita berbeza fahaman politik atau berbeza jemaah, pasti dalam hal ini kita boleh bersatu nada membantah.


Terserah berjaya atau tidak, yang penting mesej kita sampai daripada majoriti umat islam yang benci kepada konsert-konsert artis barat yang melalaikan dan penuh maksiat.






Dibawah ini kami kongsikan status oleh Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkenaan ini. Siapa beliau? Ya beliau adalah Ketua Penerangan Pertubuhan Melayu Islam Sedarhana. Malaysian Muslim Solidarity.
Kami rasa mungkin sekepas membaca ini akan lebih mudah untuk anda faham.

'Majoriti tidak suka rokok
Buktinya, majoriti tidak hisap
Tapi rokok tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rokok itu membunuh orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila perbuatan merosakkan kesihatan dilihat suatu yang normal
Majoriti tidak suka konsert gila-gila
Buktinya, majoriti tidak pergi
Tapi konsert gila-gila tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau konsert itu merogol maruah orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila tiada lagi malu daripada pelbagai kelakuan menjual maruah diri
Majoriti tidak suka rasuah
Buktinya, majoriti tidak makan rasuah
Tapi rasuah tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rasuah itu menyebabkan diri sendiri dizalimi sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila undang-undang negara diinjak-injak oleh penguasa penyembah tunai
Masihkah kita mahu kata agama itu hal peribadi? Tidak perlu ada undang-undang bersumberkan agama?
Tapi, apa sebenarnya masalah kita?
Majoriti kata solat itu wajib
Buktinya, majoriti suka masjid cantik-cantik
Tapi majoriti juga tidak cukup solat
…sebab semua tidak kisah, tidak buat apa-apa
Kecuali kalau tinggal solat itu meruntuhkan masjid-masjid sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Bahkan sudah lama agama ini runtuh, sudah ratusan tahun
Cuma kita nampak keruntuhan agama itu perkara biasa
Jadi, apa masalah kita sebenarnya?
Bukan kulit, bukan rupa bentuk, bukan luaran
Tapi agama sudah runtuh dari dalam diri, dari lubuk perasaan, dari asas keimanan

Sumber: Portal Melayu Islam.




Sunday, July 17, 2016

Band baru The Faith yang bakal meletup di Malaysia

Buat peminat band music khususnya anak muda. Anda kena kenal band baru ni. Nama mereka pun fresh iaitu The Faith. Siapa mereka ini? Anda tidak pernah kenal mereka? Kalau anda peminat Tarbiyah Sentap pasti anda kenal. Tapi kalau tidak kenal, tidak mengapa. Sebab itulah kami nak kongsikan., Barang baik kena kongsi baru berkat kan? Kami dah dengar lagu mereka, hermm..sedap dan terpesona jugakla. Mereka bawa lagu dengan mesej ketuhanan, kemanusiaan dan persahabatan. lagu santai dan sedap. Mesej dapat, hiburan pun dapat. 2 dalam 1. Asyik layan Maher Zain jer. Cuba try The Faith. Malaysia Original anak tempatan.The Faith di anggotai oleh 4 anak muda, bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records. Bakal menerbitkan single pertama tidak lama dengan impian mereka bagi memastikan anak muda kembali dekat dengan Fitrah keimanan. Bagus bukan niat mereka?

Nah layan sikit lagu mereka bertajuk "Luahanku"


Tidak sabar rasanya menanti album pertama mereka nanti. Semoga berjaya kepada The Faith!  Ikhlas daripada kami.


Sumber: Tarbiyah Sentap.

Saturday, July 16, 2016

KopiPress - syarikat penerbitan buku indie yang hot!!!

Bagi anda yang gemar membaca buku-buku ringkas, padat dan penuh ilmiah tetapi dihidangkan dalam bentuk indie. Barangkali anda kena tahu pasal KOPIRESS, sebuah syarikat penerbitan yang diterajui oleh 3 anak muda yang berjiwa besar walaupun badan mereka kecik kecik sahaja. 

Apa yang best tentang buku-buku mereka ialah mesej yang disampaikan bukan mesej bodoh, kosong mahupun membuatkan anda semakin tidak berilmu dan gila, sebaliknya buku-buku terbitan mereka ini nampaknya akan menjadikan anda "semakin berotak sebelum memberontak"
Kalau anda pergi ke kedai buku Popular atau MPH pasti anda pernah ternampak buku-buku pelik seperti dibawah ini;
1. Opah -gangnam style
2.Ekstremis dua kutub
3. Kakistokrasi
4. Bebas jangan sampai terbabas.
5. Mak kau hijau.
6. Melayu ke Bulan
7. cerita budak design dan banyak lagi buku menarik.




Sila menonton video dibawah sebuah dokumentari berkenaan mereka oleh sebuah portal melayu popular.


Founder of Kopi Press ada 3 orang. Asyraf Farique, Luqman Abd Hamid dan seorang lagi kami sedang mencari-cari namanya (maaf yea). Mereka ni bukan calang-calang dan masih bujang (hot!!). Baru setahun jagung menapak sudah berjaya menulis dan menerbitkan buku yang popular dan telah diterima masuk di kedai-kedai buku yang hebat. 
Berdiri sebelah kanan Asyraf dan Luqman sebelah kiri. Ditengah 'kawan mereka'.

Asyraf antara penggerak kopipress ni semasa zaman belajar lagi dia dah mula menulis blog. https://akubukansuparmen.wordpress.com. Dia juga memang ada bakat penulisan dan sendiri telah menulis beberapa buah buku seperti 'Usrah Ini Semua Poyo, Semalam Ada Pelangi dan melayu ke Bulan'. Kalau Nak tahu lebih lanjut dan nak beli buku-buku mereka yang pasti tidak akan rugi jika anda membelinya. Boleh la membeli secara online daripada website mereka atau pergilah ke kedai buku Popular atau MPH.

Nasihat kami kepada Mahasiswa:

Gunalah duit voucher buku untuk membeli buku-buku KopiPress, memang berbaloi dan best daripada anda membeli buku-buku hiburan atau menukar kepada wang tunai (haram der).

Klik link dibawah untuk layari website mereka..



kami doakan agar mereka terus sukses dalam dunia penulisan dan penerbitan.

Sumber: KopiPress, portal melayu.


Tuesday, July 12, 2016

A doctor from Sarawak

Doktor ini bukan sebarang doktor. Dia seorang yang suka membantu orang lain. Dia meredah laluan berliku menuju ke pendalaman Sarawak melalui jalan air semata-mata memberi bantuan perubatan secara percuma. Ya, percuma tanpa bayaran malah dia juga keluarkan duit sendiri. Sayangnya dia kepada masyarakat sehingga segala keletihan dan kesukaran dilalui sahaja. Bukan mudah realitinya bagi sesiapa sahaja yang ingin melakukan kebaikan seperti ini. Dia ada anak isteri dan kerjaya yang sibuk tetapi boleh melakukan sesuatu yang hebat. Hasil usaha dia akhirnya semakin ramai doktor dan sukarelawan menyertai misi perubatan dia. Terbaru dia berjaya membawa sahabat- sahabat dia daripada semenanjung menyertai misi ini. Bagus bukan? Oh ya, nama dia adalah Dr. Mohd Khairol Jambli. Anak jati Sarawak ini pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan UNIMAS dan kini merupakan Pegawai perubatan UITM Samarahan. Beliau juga dikhabarkan aktif dalam memberi ceramah motivasi dan kesihatan di Sarawak. Inilah antara sekian hero yang tidak diketahui dan kini kami dedahkan untuk memberi anda motivasi bahawa dalam hidup ini bukan hanya mengejar harta kekayaan. Ada sesuatu yang harus kita lakukan untuk mendapat sesuatu yang tidak boleh dibeli. Lihat beberapa gambar misi perubatan beliau di sarawak.  Kami agak mungkin juga ada rakan-rakan di Sarawak juga tidak mengetahui dan mengenali beliau. Sebab itu kami seronok untuk kongsikan kisah usaha beliau ini. 

Dr. Khairol (berdiri dalam bot)


Meredah laluan sungai menaiki bot menuju kawasan perkampungan




Dr. khairol sedang memberi rawatan pemeriksaan perubatan percuma


Saya berharap suatu hari nanti kami juga akan dapat sertai misi perubatan ini. Walaupun bagi kita ini macam aktiviti CSR biasa, tetapi dari apa yang kami baca di facebook beliau, Sambutan penduduk sangat menggalakkan kerana masalah utama penduduk pendalaman sarawak adalah akses kepada klinik, Hospital dan ubat ubatan adalah sangat terhad dan susah.  Jarak yang jauh dan laluan utama melalui air menyukarkan mereka. Penduduk yang mengetahui kehadiran mereka sanggup datang daripada kampung bersebelahan yang jauh untuk mendapatkan rawatan. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah beri. Klinik dekat, Hospital dekat, farmasi pun dekat. senang sahaja untuk mendapatkan rawatan. Apa yang kami tahu, beliau melaksanakan misi ini secara berterusan setiap tahun. Jika anda ingin menyumbang atas usaha Dr Khairol dan rakan-rakannya kini lebih mudah kerana sekarang beliau telah menggerakkan usaha beliau dengan lebih kemas dan tersusun melalui Yayasan Ikhlas;

Setiap sumbangan anda amat bermakna kepada mereka. Jangan lepaskan peluang menambah saham akhirat anda.
Ayuh Salurkan Sumbangan anda ke akaun yang tertera:
CIMB Islamic | Yayasan Ikhlas | 8600 601 366
Maybank Islamic | Yayasan Ikhlas | 5628 3463 6228
Mereka menerima sebarang sumbangan samada melalui
1. deposit tunai,
2. cek atau
3. transaksi online
Sila maklumkan bayaran sumbangan anda dengan menghubungi pegawai mereka:
Pejabat | 03 8926 5954
Tel Bimbit | 012 979 0211 - syafiq

untuk updates aktiviti beliau lihat di facebook yayasan Ikhlas Sarawak
https://www.facebook.com/yisarawak/
https://www.facebook.com/yisarawak/

kami mendoakan agar Allah sentiasa merahmati usaha murni beliau dan rakan-rakan.

Sumber: fFcebook Dr. Mohd Khairol Jambli dan Yayasan Ikhlas Sarawak

David Teo Hina arwah Seniman P. Ramlee?

Baru-baru ini dunia hiburan tersentap dengan pesanan seorang penerbit filem bernama David Teo. Dikatakan beliau memberi nasihat yang baik, tetapi maksudnya pada masa sama seperti merendahkan dan menghina seniman agung P.Ramlee.



Kritikan beliau mendapat respon daripada ramai artis dan peminat arwah P.Ramlee. Kemudiannya keluarlah kenyataan maaf daripada David Teo. boleh tengok di facebook beliau.

Dia ni kita bukan tidak tahu hanyalah penerbit filem yang menggunakan tema dan sasaran filem dia adalah orang melayu. Kebanyakan filem beliau adalah berkisar hantu, cinta dan komedi yang hanya memikirkan keuntungan dan pecah panggung. Ya, itulah tujuan bisnes. Ramai peminat P. Ramlee menyatakan sebaliknya arwah bukan bersikap begitu, arwah seorang yang berbakat dan semua filemnya penuh mesej dan nasihat berguna buat masyarakat. Walau apapun, begitulah dunia hiburan Malaysia. Jangan bikin panas, media akan laju sahaja memanaskan. 

Sementara itu, keluar berita mengenai kenyataan media daripada Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), iaitu seperti dibawah;

David diminta usah salahkan media - WHAM



KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), meminta supaya produser filem, David Teo, mengambil sikap lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu dan bukannya menyalahkan pihak lain. Sebagai individu yang dipandang tinggi dalam industri hiburan tanah air, David tidak seharusnya menyalahkan pihak lain apabila kenyataan yang dikatakan dibuat beliau kini menjadi isu hangat serta mendapat kecaman daripada pencinta seni tanah air dan masyarakat. Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin menggesa produser berkenaan agar tidak meletakkan kesalahan ke atas pihak media berhubung isu terkini membabitkan kenyataan dibuat oleh beliau yang dikatakan mempunyai unsur penghinaan terhadap Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kepada sebuah portal, baru-baru ini.


Ada juga peminat yang ambil nasihat beliau daripada sudut positif yang mana beliau mahu artis di Malaysia bukan sahaja popular, tetapi menggunakan kelebihan itu untuk menambah rezeki dan bekalan masa tua nanti. Semoga isu ini tidak berpanjangan dan semoga semua pihak berlapang dada dan kita doakan agar industri perfileman kita akan menjadi lebih baik dengan lahirnya filem-filem berunsur islamik dan penuh mesej. 

Sumber: Ohbulan, Facebook. BHonline.



Sunday, July 10, 2016

Senarai terkini 27 Artis berhijrah berhijab (bertudung)

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini kami ingin ucapkan tahniah kepada artis-artis yang telah berubah daripada tidak berhijab kepada berhijab.
Jika anda mahukan perubahan, lakukan sahaja, terutama jika anda mahu berhijrah.  Tahniah kerana anda berani berubah menyahut perintah Allah swt. Sejuk mata kita memandang.
Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberi pahala berterusan. Kenapa kami mahu buat posting ini? Kerana kami mahu semua artis dan peminat mereka  mengikuti jejak langkah mereka. Mengutip sebanyak-banyak pahala dan meninggalkan dosa yang akan dibawa kelak. 
Kalau dulu ramai artis takut pakai tudung kerana risau tidak dapat tawaran berlakon, dengan izin Allah kebanyakan artis bertudung sekarang bertambah murah rezeki sehingga ramai yang berjaya menjadi model pakaian muslimah dan usahawan tudung. 

Berikut senarai nama-nama mereka:

1. Neolofa (pelakon) - kini usahawan tudung berjaya jenama Neolofa.





2. Wardina (pelakon) - kini model dan pengacara.

3. Ummi Nazera (pelakon)

4. Uqasha Senrose (pelakon, model iklan)

5. Emma Maembong (pelakon dan model iklan)

6. Siti Nurhaliza (penyanyi terkenal) - usahawan kosmetik jenama Simplysiti.
7. Ayu Raudhah (pelakon, Isteri Pemain Bola Sepak Kebangsaan), model tudung.

8. Wawa Zainal (Pelakon), model iklan

9. Diana Amir (Pelakon)

10. Shila Amzah (Penyanyi terkenal)

11. Rozita Che Wan (Pelakon, Model iklan dan pengacara)

12. Liza Hanim (penyanyi) 

13. Erma Fatima (Pelakon dan Penerbit drama dan filem)

14. Ogy Ahmad Daud (Pelakon), kini menerima banyak tawaran mengacara dan juri pertandingan.

15. Ramlah Ram (Penyanyi)

16. Sheila Rusly (Pelakon ) - Kini Penerbit rancangan popular " ketuk-ketuk ramadhan".

17. Alliza Abdullah (lebih dikenali sebagai Enot). (pelakon)

18. Norkhiriah (Pelakon)

19. Abby Fana (juga dikenali dengan Kak Bed)

20. Aishah (Penyanyi)

21. Noraniza Idris (Penyanyi irama seni)

22. Adik  Mia Sara (paling muda berhijrah) - pelakon, model dan ada jenama tudung sendiri.
23. Almy Nadia (isteri Fizz Fairuz). - pelakon.

24. Abby Abady (pelakon)

25. Fiza elite (penyanyi dan pelakon)

26. Fara Fauzana (bekas penyampai radio Hot FM) dan Pengacara majlis.

27. Memey Suhaiza (pelakon). Kini Usahawan pakaian muslimah dan memiliki butik sendiri.

kita doakan mereka semua istiqamah dan berharap agar akan lebih ramai lagi kembali kepada fitrah sebenar. Iaitu masuk ke dalam islam dengan sebenar-benarnya.

sumber: 
1. http://www.ilmuagama.com
2. google (image)

Monday, July 4, 2016

Isteri Artis bernama Ajak benarkan dia bermadu.

Seorang artis bernama Ajak memaklumkan dia menolak kesediaan isterinya Nur Afifah yang membenarkan dia bermadu? Wah...beruntungnya dia memiliki isteri. pastinya isteri beliau seorang yang faham hukum agama ataupun ikut tarbiyah atau selalu dengar kuliah agamakan? Isteri anda pula bagaimana? Cuba anda tanyakan, agak-agak apakah jawapan dia? Adakah Jawapan dia Yes or No atau dia pusing ikut lain. Tapi saya harap anda tidak tanya disaat dah dekat hari raya kerana mungkin akan hilang keceriaan di hari raya nanti. Jadi abaikan soalan tadi yea.

Sekali lagi, kepada Abang Ajak. Tahniah dan isteri anda memang awesome.

Sumber:BHonline.

‘Hari al-Quds Sedunia’ tajaan Syiah!

Baru-baru ini seorang tokoh hebat dalam usaha membantu Palestin dan merupakan Dekan, IMU Clinical School, International Medical University, iaitu Prof. Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin telah memberi peringatan kepada kita semua akan satu perkara yang mengejutkan. Apakah isunya?

HARI al-Quds Sedunia yang disambut pada ‘setiap Jumaat terakhir bulan Ramadan’ sebenarnya digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah iaitu Khomeini.
Ia diadakan kononnya demi memperingati perjuangan umat Islam di Palestin. Pada hari tersebut, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster-poster gambar Khomeini.

Syiah hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengelabui mata umat Islam antarabangsa dan menjulang nama Khomeini dan Syiah mesti dipupuskan daripada sambutan Hari al-Quds Sedunia.

Sheikh Dr Yusuf Qardhawi telah mengumumkan 21 hb Ogos setiap tahun sebagai Hari al-Aqsa sedunia bersempena dengan peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa oleh gangster zionis yang bernama Dr Denis Micheal Rohan pada 21hb Ogos 1969.
Atau pun tarikh peristiwa pembebasan al-Quds pada 27 Rejab 538H oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi lebih layak dan lebih berhak untuk diperingati.
Di Malaysia juga didapati ada pihak yang menganjurkannya pada tarikh itu? Apakah pihak yang menganjurkan ada kaitan dengan pihak syiah? Kalau mereka ada hubungan dengan syiah pastinya kita semua patut bimbang dan lebih berhati-hati. Apakah sikap kita? Semoga kita akan lebih berhati-hati kerana pengaruh syiah sangat halus dan penuh lakonan.
Sumber: WEB Malaysia Muslim Solidarity.

Sunday, July 3, 2016

Tokoh agama yang bikin Panas - Ridhuan Tee

Sesiapa yang tidak kenal beliau adalah  Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Beliau aktif dan lantang mengkritik bangsa dia sendiri iaitu sekelompok orang cina yang beliau gelar sebagai Ultra Kiasu. apa itu Ultra Kiasu? Beliau sebenarnya merupakan Pensyarah di UPNM dan sangat berkebolehan menjadi pengacara Forum agama islam di TV1. Kalau anda tidak tahu apa itu Ultra Kiasu baik anda kaji sendiri. Sengaja saya tidak mahu jelaskan agar anda rajin-rajinkan diri membaca blog beliau untuk tahu lebih lanjut di sini.



akibat kelantangan beliau yang pedas dan sentap membongkar taktik dan perangai buruk sekumpulan Ultra Kiasu, Maka beliau sangat dibenci oleh mereka. Sehingga beliau dihina dengan gelaran pengkhianat bangsa cina.


Saturday, July 2, 2016

Kita sedang membayar harga perpecahan - Timb. Mufti Perak.

Ketika kita semua demam FIFA Euro 2016 dan demam Hari raya, kalau Sesiapa yang baca FB Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim beberapa hari yang lalu pasti terkejut dengan isu yang beliau panaskan. Isu apa agak-agaknya? 



Setelah kami search berita online memang sahih

Malay Mail Online
Let us help, Sarawak churches urge new non-Islamic affairs minister - 
KUCHING, June 20 — The Association of Churches in Sarawak (ACS) has offered to help Datuk Amar Douglas Uggah Embas set up the state’s newly-formed non-Islamic affairs ministry.

Malay Mail Online
Sarawak non-Islamic groups say yes to formation of Non-Islamic Affairs Unit  
KUCHING, June 23 ― Leaders and senior officials of 12 non-Islamic religious organisations and associations in Sarawak are in favour of the formation of the Non-Islamic Affairs Unit in the Chief Minister's office.

Maknanya Sarawak akan ada menteri agama bukan islam? Tidakkah ia bercanggah dengan Perlembagaan persekutuan Malaysia? Agama islam sama taraf dengan agama lain? Ini isu memang sensitif kalau dibincangkan. Ada asas juga kebimbangan Ustaz Zamri kerana menurutnya akibat perpecahan umat islam jadi semakin lemah dan terpaksa memenuhi permintaan pihak-pihak tertentu.